Saturday 22 March 2014

Permohonan USMKLE 2014/2015 Kini Dibuka

Assalamualaikum pembaca blog2 sekalian.

Kepada anda lepasan Matrikulasi/ STPM/ IB/ Diploma/ A-Level atau untuk lepasa SPM(Ni program baru, usahasama Mara-JPA) yang berminat dengan kursus kedoktoran, saya dengan rendah hatinya menjemput anda ke bumi Al-Maududi ini untuk kemasukan 2014/2015
Kampus kami waktu malam



Mengenai universiti,
Saya tak nak terang panjang2,
Cukup sekadar saya beritahu yang USMKLE adalah satu universiti usahasama antara USM dan KLE Society, India
Bahagian akademik diselia oleh USM manakala selebihnya KLE Society yang merupakan pertubuhan pendidikan yang terbesar di negeri Karnataka dan USMKLE adalah kolej yang ke +-200 berdaftar dibawah KLE,
Jadi, setelah tamat program, anda akan diijazahkan dengan ijazah dari USM.
Kurikulum diambil 100% dari USM Kubang Kerian, cuma pengalaman dan ada beberapa kelebihan yg akan anda dapat di sini

Untuk Matrikulasi atau setaraf syarat taklah ketat sangat
Kini permohonan untuk USMKLE dibuka bermula dari 27 JAN  sampai 1 JUNE 2014
Untuk maklumat lanjut silalah  klik sini

Bagi SPM paling minimum adalah 9A-
Jadi untuk adik-adik yang minat, silalah apply dan doa serta buat persiapan
Ada rezeki, kena interview dan fly
Tapi sebelum fly, kena buat persediaan di kolej2 terpilih.


Semoga berjaya




Wednesday 8 January 2014

KEADAAN DI NERAKA MENGIKUT KEFAHAMAN WAHABI(WASABI) SALAFI(TALAFI)..

KEADAAN DI NERAKA MENGIKUT KEFAHAMAN WAHABI(WASABI) SALAFI(TALAFI)...

Mat seorang pemuda yang sangat rajin buat maksiat,dari bangun tidur sampai tidur balik hanya dipenuhi dengan maksiat,selepas mati,dia diadili dan keputusannya ialah dia perlu ke neraka.........

Mat pun masuk ke neraka dan lihat PUNYALAH RAMAI ada di neraka antaranya ialah kawan-kawan semaksiatnya,orang-orang kafir dari seluruh dunia,dia juga bertemu dengan pelbagai generasi presiden amerika,presiden brazil, presiden argentina, presiden china, pemain bola, artis holywood, bolywood, melayuwood, indonwood, dia juga bertemu dengan ahli gusti,ahli hoki, ahli saham, bisnesman terkemuka, ketua2 syarikat kafir dan raaamai lagi....bahkan dia juga bertemu dengan firaun,haman,abu jahal,abu lahab dan kafir2 yang lainnya...
dia pun terus berjalan dan melihat ahli2 neraka yang lain...lalu dia amat terkejut beruk sehinggakan beruk pun tak pernah terkejut seperti dia!

kerana...dia terlihat pakcik-pakcik yang sering ke masjid di kampung dia jugak ada dalam neraka!
termasuk imam,bilal,siak dan kroni2nya!
tidak ketinggalan juga AJK Masjid dan JKKKKKKKKKK NYA!
APA SUDAH JADI!

maka bermulalah dialog bersejarah ini....
Mat: Assalamualaikum tok imam!whats up tok imam?apahal ni mam?ada rombongan ahli syurga ke neraka ke ramai2 ni?
Imam: waalaikumussalam....ish merepek!ni bukan rombongan!kami pun kena humban dalam neraka!
Mat: aik????kenapa pulak????saya ni memang jelas suka buat maksiat,tak kan tok imam masjid pun kena humban ke neraka???
Imam: itu yang saya pun tak faham,tapi malaikat bagitau kami masuk neraka sebab KAMI BERZIKIR DAN BERDOA BERAMAI-RAMAI LEPAS SOLAT FARDHU,KAMI BACA YASIN MALAM JUMAAT,BILA ADA ORANG KAMPUNG MATI,KAMI AKAN BACA TAHLIL,BERZIKIR DAN HADIAHKAN PAHALA ZIKIR TU KEPADA SI MATI,KAMI JUGA BERSELAWAT DAN ANJURKAN MAJLIS-MAJLIS PEMBACAAN SIRAH NABI KETIKA HARI MAULIDUR RASUL...SEBAB TU KAMI MASUK NERAKA....DAN SEMUA ITU BIDAAH YANG TIDAK PERNAH DILAKUKAN RASULULLAH...
Mat: hahahaha....baik tok imam join saya lepak tengok tiger show masa kat dunia dulu daripada buang masa kat masjid,last-last masuk neraka jugak....

Mat pun teruskan berjalan dan kali ni terkejutnya bertambah keberukannya!
kerana dia bertemu pula dengan ulama-ulama besar,bertemu Habib Umar,Habib Ali,Habib Zainal Abidin dan imam syafie pun ada!bahkan sahabat-sahabat RASULULLAH pun DI DALAM NERAKA??????
APA SUDAH JADI!!!!!!!!!

Mat pun bertanya kepada para ulama,tok-tok guru pondok dan pengarang kitab agama...
Mat: kenapa tuan-tuan semua di neraka??????
Para ulama: kerana kami haruskan sambutan maulidur rasul dan kami menyambutnya kerana kecintaan kami pada rasulullah,kami anjurkan zikir dan doa selepas solat fardhu,kami juga mencintai ahli sufi dan kami sendiri merupakan ahli sufi,kami belajar ilmu tasawuf dan ajarkan kepada orang ramai,kami haruskan talkin mayat..bla..bla...bla...semua tu bidaah yang nabi tak pernah buat...
Mat: tak kan imam syafie pun dalam neraka???
imam syafie: kerana aku membahagikan bidaah itu kepada 2 jenis,bidaah dolalah(sesat) dan bidaah hasanah(baik) maka aku dihumbankan ke neraka kerana mengharuskan perkara bidaah yang baik2...aku punya pasal lah ramai umat islam buat BIDAAH....
Mat: haih..susah jugak agama ni...baik korang semua jadi ahli maksiat macam aku je....serupa je nasib kita.....haaa macam mana pula dengan sahabat nabi ni???wahai amirul mukminin saidina abu bakar,tuan imam kami,ketua kami,kenapa tuan di neraka?
Saidina abu bakar: kerana aku arahkan agar al-quran dikumpulkan dan dibukukan sedangkan ia bidaah yang tak pernah dilakukan rasulullah...
Mat: Saidina Umar pula bagaimana?
Saidina Umar: kerana aku telah perintahkan umat islam solat terawih 20 rakaat dan buat secara berjemaah sedangkan zaman nabi tak pernah nabi buat bidaah macam ni...
Mat: kenapa pulak dengan Saidina Usman???
Saidina Usman: kerana aku arahkan umat islam agar azan dua kali ketika solat jumaat sedangkan nabi tak pernah buat perkara ini....
Mat: saidina Ali???
Saidina Ali: aku meneruskan bidaah2 khalifah sebelum ku,tidak menghalangnya bahkan menyokongnya...begitu juga semua para sahabat yang lain...
Mat: Ya allah......sampai macam tu sekali ye bahaya bidaah...
Para sahabat nabi: ye..kerana nabi telah bersabda bahawa setiap BIDAAH ITU SESAT DAN SETIAP YANG SESAT ITU DI DALAM NERAKA....maka kami yang setuju
dengan bidaah-bidaah tu semua terpaksa ke neraka.... :'(
Mat: habis tu siapa je kat syurga?
Malaikat: yang aku nampak tadi yang ada kat situ Hairi Nonchi,Albani,Soleh utsaimin,bin baz,muhammad abd wahab,fathul bari,dr.asri dan puak2 yang mana mereka ketika di dunia sangat menjauhi bidaah dan mengharamkan bidaah dan menyelamatkan umat dari bidaah..merekalah puak2 yang berbahagia di syurga sekarang.

KESIMPULAN: BERDOA LAH AGAR PARA MALAIKAT TERUTAMANYA MALAIKAT PENJAGA SYURGA DAN NERAKA TIDAK TERPENGARUH DENGAN AJARAN WAHABI,KALAU TAK INI LAH JADINYA.... :D
~UIBO~

Saturday 28 September 2013

Antara Realiti dan Fantasi

Salam.
Alhamdulillah sya dah sampai di Belgaum, Karnataka, India.

Kami dri KLIA transit di Bengalore dan terus ke GOA...
Dri Goa kami ke belgaum, tak jauh lebih kurang 300km je
Pjlnn kami (batch pertama) hmpir 5 jam...
Hehehe... jln berbukit-bukit

Main entrance kampus kami (Ya Allah, Mudah-mudahan
kau jadikan daku asbab agama hidup di kawasan ini)

Jadi mcm rusa masuk kg kejap bile sampai india ni.
Budaya lain...
Kat jln, horn mmg membingitkan telinga, mungkin wajib rasenye.
Masjid, klau solat tak pakai kopiah satu penghinaan (bagus lah, agungkan sunah nabi, tpi agak sedih dgn sikap Malaysian)

Kat sini, pensyarah mmg 'A'
Bukan pensyarah kat Malaysia 'B', tpi rasa mmg ok lar diaorang ajar,
Lagi pun bukannye sy layak nk buat penilaian,
Sbb  x prnh bljr di u kat malaysia.

Sampai kat sini je lar...
Sebenarnya bnyk lagi bende yg tak complete..
So pendek je le...

Ya Allah,
Aku insan yang hina,
Daku insan yg lemah,
Ampunkanlah daku,
Bantulah daku,
Berilah kefahaman agama dan usaha agama kepada rakan-rakan ku,
Jadikanlah daku insan yang cekal, tabah dan redho dgn ujianmu.

Amin


At-tabib.
Karnataka, India




Sunday 25 August 2013

Benda Yg Patut Dan Yg Tak Patut

 
 
Apabila Ummat ini telah tinggalkan perkara yang PATUT mereka buat.(Sunnah)
Maka Ummat ini akan buat perkara yang tidak PATUT mereka buat.(Punnah)

Apabila Ummat ini tidak duduk di tempat yang PATUT mereka duduk (berhimpun di masjid)
Maka Ummat ini akan duduk di tempat yang tidak PATUT mereka duduk(berhimpuan di stadium or cyber cafe)
Apabila Ummat ini duduk di tempat yang tidak PATUT mereka duduk
Maka Ummat ini akan buat perkara yang tidak PATUT mereka buat.

Apabila Ummat ini buat perkara yang tidak PATUT mereka buat,
Maka mereka telah korban pada perkara yang tidak PATUT mereka korbankan!

Apabila Ummat ini telah korban pada perkara yang tidak PATUT mereka korbankan,
Maka takut-takut mereka akan jadi mayat di tempat yang tidak PATUT mereka jadi mayat!

Apabila Ummat ini menjadi mayat di tempat yang tidak PATUT mereka menjadi mayat,
Maka mereka akan mati bersama dengan orang yang tidak PATUT mereka mati.

Apabila Ummat ini mati bersama mereka yang tidak PATUT mati bersama,
Maka Ummat ini akan bangkit bersama dengan orang yang tidak PATUT bangkit bersama!

Apabila Ummat ini bangkit bersama mereka yang tidak PATUT mereka bangkit,
Maka mereka akan senasib bersama dengan orang yang tidak PATUT mereka senasib!

Apabila Ummat ini senasib bersama mereka yang tidak PATUT mereka senasib,
Maka Ummat ini akan duduk di tempat yang tidak PATUT mereka duduk.

Iaitu neraka jahanam.

Oleh sebab itu, Sebelum Ummat ini duduk di tempat yang tidak PATUT mereka duduk(neraka jahanam)
hendaklah Ummat ini duduk di tempat yang PATUT mereka duduk (berhimpun di masjid, bukan di stadium or cyber cafe)

Sekian, terima kasih.

Saturday 3 August 2013

Mengapa USM-KLE?

Alhamdulillah... Stlh lama dlm dilema
Sama ada memilih USM kubang kerian atau USM-KLE.
Akhirnya daku memilih KLE.
Maknya daku bakal menjadi pelajar USM-KLE.

Actually i hve reject USM-KLE at first due to financial prob... 300K??
Tpi bile usm call dah dpt mara...
Hatiku kmbli tertarik kmbli pd USM-KLE

Rmai juga yg bgi pndpt kat ana sma ada usm kle atau kubng krin yg hrus dipilih
Dlm bnyk2 2, ada 2/3 org shj yg suro ke KLE,







Seorang tu mekanik,
ktnya;
kita duduk sini, mkn sini, msyrkt sini, x de bende bru ke?
Seorng lagi doktor USM Kubang Kerian (pkr radiologi)



Yg lain ramai yg suro ke Kelantan,
1.Dekat dgn mak ayah.
2.Org india pengotor kta mereka.
3.Blh survive ke kat sana?
4.Bior btul kamu nak ke sana?



Anyway, syukran kpd suma yg bgi pendapat, sya hargai.

Doakanlah ana, moga dipermudahkan.





Ps: Ada sape2 yg dapat usm kle ni?? Please commen.

Friday 2 August 2013

Mari Belajar Bahasa Urdu

Salam semua...
Memandgkan sya akn berangkat ke india bulan 9 ni..
marilah sama kita belajar bahasa urdu(spatutnya sy je la)
 supaya dipermudahkan urusan kita disana...
Kita mula dri yg basic dulu lar ye..

Utk Nombor:
1 = ek
2= do
3= teen
4 = char
5 = paanch
6 = chey
7 = saat
8 = aat
9 = nu
10 = dass


Hari:
Ahad = Itwar
Senin= Pir
Selasa= Manggal
Rabo= Budh
Kamis= Jum'arat
Jum'at= Jumu'ah
Sabtu= Haftah


:: Nama Bulan

Januari = Janwari
Februari = Firwari
Maret = Marj
April = Aprail
Mei = Mai
Juni = Jun
JUli = Julai
Agustus = agast
September = Satamer
Oktober = Aktubar
November = Numbar
Desember = Desmair/ ­Disambar

Usm-Kle Satu Cabaran

Syukur Alhamdulillah,
Baru tadi buat visa India..
Hmm.. Agak terkilan.. Mklumat kurang jelas..
Smlm dah search internet dia kata nak offer letter.
Bila pergi embassy dia kata nak offer letter tpi yg ori? Ori?
Erm.. Biar betul... Klau leps ni nk guna mcm mana?

Kwn lagi kesian... dh dtg tpi tak bwa yg orgnal... tpaksa balik rumah la..
Kalau duk dkt Johr, Kl/ Penang x per lar...
Klau Kelantan/ Perlis?? Tak ke pening jadinya...

Mungkin pembaikan blh dilakukan olh India embassy..
at least state dlm web pun ok...
blh jdi rujukan semua org.

Anyway daku bersyukur krn dbri tempt di India dbwh prog USM-KLE.
Doakan kejayaan sya dlm bidang prubatan..